Header Ads

ads header

Flash News

Adakah peletakan jawatan Dr Kamarul berkait dengan “politik dendam”?


Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kamarul ketika menjawab pertanyaan di Facebook tentang peletakan jawatan itu berkata: “Saya dianggap anti-Mahathir dan ini boleh menyusahkan UUM.”

Peletakan jawatan ini berkuatkuasa esok, iaitu hari pejabat Mapan dibuka selepas pilihan raya umum ke-14.

Kamarul dalam kenyataan berkata dia banyak menerima pertanyaan mengenai keadaannya ekoran tular cerita mengatakan dia termasuk dalam senarai yang dikatakan akan dikenakan tindakan kerana mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

Kamarul menambah dia tidak bimbang dengan sebarang tindakan mungkin dikenakan ke atasnya.

“Tidak saya nafikan imej kritikal terhadap Dr Mahathir itulah, yang ditambah pula dengan pelbagai tulisan saya yang kritikal terhadap PH dalam Facebook saya, yang tertera dalam fikiran banyak pihak bila nama atau wajah saya timbul,” katanya.

Kamarul berkata dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pengarah Mapan berkuatkuasa esok bagi memudahkan urusan pihak yang berkaitan dengannya.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua warga UUM yang tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan nama mereka turut terjejas dengan tindakan saya yang kritikal terhadap Dr Mahathir dan PH.”

Ramai penganalisis politik melihat peletakan jawatan ini adalah suatu tanda yang tidak baik bagi politik Malaysia dimana mereka yang mengkritik pemerintah akan dikenakan tindakan. Politik zalim dan dendam ini jika diamalkan oleh HARAPAN akan membawa suatu musibah kepada perkembangan politik sihat dan matang di Malaysia.

Jika demikian tiada beza antara HARAPAN dengan BN @ UMNO katanya lagi.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. Berani kerana benar, takut hanya kpd Allah.

    BalasPadam
  2. Naik dan turun adalah proses biasa kalau ianya berlandaskan giliran atau faktor usia.

    Kalau yang turun supaya tidak lagi buka mulut dan yang bakal naik adalah mulut yang tak berapa nak buka. Apa akhirnya?

    Dalam 5 tahun, suara suara bernada tinggi akan tenggelam sebaliknya suara2 bernada rendah pula berdesing desing.





    BalasPadam
  3. Cuba bayangkan 5 tahun lagi.

    Apakah manifesto yg akan PH buat. Tentu memujuk rakyat seperti sebelum pru14. Rasanya jika masa itu masih berpilihanraya, parti2 bertanding tidak akan paksa rakyat, tidak akan berkeras dengan rakyat.
    Parti2 akan memujuk, membelai, membodek rakyat untuk menang dan menonjolkan keburukan parti lain. Jika tidak ada isu, akan buat isu supaya rakyat terpengaruh dan menyebelahi mereka.
    Begitulah seterusnya, selagi rakyat tidak diajar supaya berfikir secara matang.
    Dr Kamalul mengajar kita supaya matang berfikir. Terima kasih.

    BalasPadam