Header Ads

ads header

Flash News

Amaran Bekas Ketua Hakim Kesan Ubah Kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi


Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016. Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM. Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (PPBM).

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebut:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan  bebas, aman dan damai.....”
Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain:

“3.  (1)  Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai....”

Perhatikan bahawa perkataan “bebas”  telah ditambah. Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan. Ini termasuk:

1. Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka.

2. Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’ kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti.

3. Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat. Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu.

Ringkasny, tujuan mereka menambah perkataan “bebas” itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan. Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan.

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu/Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng. Ini orang Melayu/Islam perlu sedar.


Tun Abdul Hamid Mohamad08 05 2018

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

8 ulasan:

  1. Org melayu adalah bangsa yg paling bodoh dlm dunia, bknkah lim guan eng dah cakap. Akibat terdesak hendak kuasa maka agama serta perlembagaan negara tlh diabaikan. Apabila agama islam itu dihina olh org melayu islam sendiri maka kehinaan akan sama diperolehi olh org2 melayu yg lain. Tak apa, skrg melayu tak mahu islam lagi dah. Sikit lg blh la mereka sign borang keluar islam beramai2 dlm borang dapig nanti. Hmm.

    BalasPadam
  2. Rakyat perlu semak ,timbangtara segala perjalanan kerajaan hari ini dan bertindak jika melampaui batas dalam hal beragama. Kerajaan perlu diberi teguran dan bantahan jika kedaulatan agama islam diganggu gugat. Eratkan tali persaudaraan antara islam dan beristiqamah dalam perjuangan menegakkan perlaksanaan islam sebagai Addiin.

    BalasPadam
  3. Bila pendidikan dianggap perkara penting dalam sanubari, apa saja berkait isu pendidikan di bincang dengan hati2 dan teliti. Kalau pendidikan bukan perkara penting kerana ada perkara lain lebih penting (ekonomi, kuasa dsbnya), maka tidaklah isu berkaitan pendidikan dibincang secara berhati2 dan teliti. Begitu jugalah dengan agama. Bila tidak dianggap penting, banyak bahagian yang terlepas pandang dan ada bahagian yang akan hilang.

    BalasPadam
  4. Yg rosak islam bukan org kafir ytp orang itu senfiri, wahai pemimpin yg beragama islam sedarlah...demi dunia kamu sanggup jual/abaikankn islam.....wahai pemimpin islam dlm pkr,pan n pbbm....jgn jadi munafik...pemusnah islam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
      (QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 57)

      Padam
  5. Akhir zaman...
    Natijah dr sikap org Islam sendiri..
    Aku cdngkan...
    Ketua umat Islam perlu memanggil semua mufti2, ahli politik yg beragama Islam utk bincang bgaimana strategy yg baik utk mempertahankan akidah umat Islam dimalaysia..
    Klau lmbat bertindak maka makin teruklah keadaan umat Islam dimalaysia..
    Org kapir ade strategy dia n kite pun mesti ade strategy..

    BalasPadam
  6. Hakim memang kerja nya membuat andaian dari segi makna perkataan tetapi hakikat nya perlu dilihat andaian nya itu adakah sebenarnya dibenar kan terjadi apabila ada perilaku berkenaan ..!!

    BalasPadam
  7. "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

    BalasPadam