Header Ads

ads header

Flash News

Anwar ceria saksi Mahathir jadi perdana menteri semula


Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ketinggalan menyaksikan majlis bersejarah istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Dalam rakaman video pendek itu Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan berada dalam keadaan tersenyum lebar sambil menonton siaran langsung majlis berkenaan yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir membaca sumpah jawatan itu di depan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut menyertai Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras itu ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin.

Bekas timbalan perdana menteri berkenaan kini mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu ekoran pembedahan yang dilaluinya baru-baru ini.

"Kamu perlu belajar semua benda ni untuk menjadi (perdana) menteri," katanya kepada seseorang yang tidak kelihatan dalam video berkenaan.

Anwar, 70, kemudian cuba menjelaskan apa yang berlaku di istiadat yang menarik perhatian ramai berkenaan. Ia berlangsung kira-kira jam 9.50 malam.

Bebas tak lama lagi


"Alhamdulillah, kemenangan rakyat membolehkan ini berlaku. Azmin dan saya sempat bertemu Anwar di Cheras sebentar tadi.

"Kami berdoa semua proses berjalan lancar," tulisnya mengiringi tiga keping gambar menunjukkan ketiga-tiga mereka tersenyum.

Pada Facebooknya Dr Afif yang juga anggota dewan undangan negeri Seberang Jaya turut memuat naik satu klip video sepanjang kira-kira dua minit.

Mengiringi hantaran itu ialah keterangan ringkas: "Menonton angkat sumpah perdana menteri dari satu lokasi rahsia...."

Anwar sedang menjalani hukumen penjara atas kesalahan liwat yang ditegaskannya sebagai tuduhan bermotif politik.

Beliau dijadual bebas pada 8 Jun ini.

Mengikut persetujuan bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) kerajaan akan mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar bagi membuka jalan untuknya dilantik sebagai perdana menteri.

Untuk sementara jawatan perdana menteri kini disandang Dr Mahathir, manakala timbalan perdana menteri sepatutnya isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir dijangka akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam tempoh terdekat merangkumi pemimpin dari PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan