Header Ads

ads header

Flash News

Bermula dari pantai timur menyusur kesegenap penjuru Malaysia


Keputusan PRU-14 sudah diketahui. PAS menguasai Kelantan, Terengganu, Utara Pahang, Sebahagian besar Perlis, Separuh Kedah, Utara Perak dan sedikit di negeri-negeri pantai Barat. Secara kasar PAS keputusan menunjukkan PAS masih utuh.




PAS memperolehi 2 juta pengundi daripada 11 juta pengundi yang keluar mengundi merupakan 18% daripada keseluruhan pengundi. Pakatan Harapan mendapat 5.7 juta pengundi iaitu 50% pengundi yang keluar mengundi selebihnya pun BN.

Bertanding sendiri mendapat 2 juta pengundi berbanding 5.7 juta PH adalah suatu yang sangat baik. Apatah lagi BN hanya mendapat 3.6 juta pengundi.

Kelemahan PAS sangat ketara ialah PAS tidak berjaya menjawab;

1. Fitnah PAS hendak bergabung dengan UMNO.
Selepas PRU-14, PAS masih kekal dengan kedudukannya. Ternyata gabungan atau UG PAS-UMNO adalah fitnah untuk merebut jawatan dalam muktamar PAS sahaja. Lagi pelikyang bergabung dengan UMNO ialah PAKATAN HARAPAN sendiri di Kedah dan Perak.

Tapi malangnya isu cuba dimainkan lagi, supaya tidak mati dan PAS akan habis masa dengan permainan jahat psywar HARAPAN (bukan UMNO).

2. PAS Terima Duit UMNO, 17 pimpinan PAS Terbabit

PAS dah saman Sarawak Report, dan kes ini akan dibicarakan pada April 2019. Selagi tak selesai kes ini selagi itu mereka mainkan isu ini.

Sarawak Report telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan. Mengikut sumber SR telah mengemukan 50 muka surat dalam interlokutori mereka yang 40 muka surat melibatkan 1MBD dan 10 muka surat lagi berkenaan dengan kekayaan pimpinan dan ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa. 17 orang pimpinan yang disenaraikan sangat lucu. Jika nada baca anda akan dapati hujah dangkal, lemah dan lucu... itu pun jika anda berfikir. Tapi jangan pelik hujah bodoh ini ramai orang percaya... Bukan budak tak sekolah tapi mereka yang ada Ijazah, Ijazah lanjutan pun ada. Pelik tapi benar. mari kita lihat apa hujah SR.
Berikut adalah sebahagian yang disebut oleh Claire Rewcastle Brown dalam penghujahan balasnya tentang PAS seperti yang terkandung dalam dokumen tersebut;

Mukasurat 46; subtopik - Ulama kaya mula menguasai kepimpinan PAS.

1. Muktamar 2015 menyaksikan bagaimana kumpulan konservatif dalam PAS memenangi kesemua kedudukan tertinggi parti dan mengenepikan kesemua golongan profesional dan moderate di dalam PAS.

2. Kempen untuk memenangkan kumpulan ulama konservatif ini turut menggunakan 'senarai chai', yang mana tidak pernah menjadi kebiasaan di dalam PAS. Malahan turut disebarkan di page Dewan Ulama PAS. (Ini siapa yang bagi maklumat, mesti yang kalah dlam muktamar)

3. Apabila kumpulan konservatif PAS menguasai kepimpinan parti, maka usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan.

4. Bagi Najib dan UMNO ia merupakan berita baik kerana Pakatan berpecah.

5. Dipercayai wang daripada Najib dan UMNO digunakan untuk membiayai kumpulan konservatif PAS bagi meningkatkan pengaruh dan memenangi kedudukan dalam parti.

Mukasurat 47; subtopik - biayai sekolah agama kelolaan PAS

6. Bagi membeli sokongan, Najib memberikan sumbangan kepada sekolah agama kendalian PAS. Beberapa sumbangan dibuat sedangkan dasar UMNO adalah menentang sekolah aliran agama kerana ia membiakkan kumpulan radikal. Najib berterusan membantu sekolah aliran agama dengan peruntukan 80 juta pada April 2017, 30 juta lagi untuk membina sistem baru sekolah tahfiz, dan 21 juta untuk sekolah di Kelantan.

Mukasurat 48; subtopik - memanjangkan jangka hayat hudud

7. RUU355 digunakan secara politik bagi memecahkan lagi hubungan di antara PAS dan DAP. Usul persendirian yang dibawakan oleh pembangkang tak pernah berjaya dibawa untuk dibahas tetapi usul RUU355 bukan sahaja berjaya dibawa untuk dibahas malahan disokong oleh menteri.

Mukasurat 49; subtopic - PAS semakin senyap

8. Sejak kumpulan konservatif mengambilalih tampuk kepimpinan PAS, parti itu dilihat cenderung ke UMNO. Memecahkan hubungan dengan DAP, namun berkerjasama dengan PKR. Seringkali membela Najib dan tidak mengkritik Najib dalam isu penyelewengan dan salah guna kuasa serta 1MDB.

9. Semasa pilihanraya kecil di Sungai Besar, Mahathir mendakwa PAS dibayar Najib untuk bekerjasama politik dengan UMNO dan dirinya.

10. Menjelang Julai 2016, hampir kesemua pihak difahamkan bahawanya Najib telah menyalurkan wang kepada PAS untuk memecahkan pembangkang dan mendiamkan PAS.

Mukasurat 50 - subtopik 90 juta

11. Ambiga menyatakan bahawanya PAS telah dibayar 90 juta berdasarkan kepada sumbernya yang diyakininya boleh dipercayai.

12. Pendekatan Najib ialah menggunakan wang dan pendekatan politik untuk membeli sokongan PAS. UMNO menyokong polisi agama yang dibawa PAS dan dalam masa yang sama memberikan wang kepada PAS.

Mukasurat 51; subtopik - rujukan, maklumat

13. Nasharuddin Mat Isa ialah sekutu Tuan Guru Hadi Awang dan adalah pendokong utama kerjasama PAS - UMNO. Pada tahun 2013, Nasharudin dipecat dari Majlis Ulama Syura kerana menganjurkan dan terlibat secara aktif membawa Najib ke GAZA sebelum pilihanraya umum ke 13. Meskipun hilang jawatan, Nasharudin tidak pernah dipecat dari ahli PAS.

14. Sejak 2014, jutaan ringgit dibayar kepada Nasharudin untuk diberikan kepada PAS. Tujuan pembayaran adalah untuk mempromosikan, membina pengaruh dan sokongan ulama konservatif di dalam PAS; membiayai beberapa pertemuan di Selangor, Kelantan, Kedah supaya pro konservatif yang juga kumpulan pro UMNO di dalam PAS mengambilalih kepimpinan parti pada 2015;

i) memberikan Tuan Guru Hadi Awang kedudukan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia;

ii) 10 juta dibelanjakan untuk menganjurkan pertemuan majlis ulama sedunia di Rusila pada mac 2015; (Kutipan derma dan perbelajaan telah diumumkan di Rusila, tak ada ahli bising pun)

15. Pembiayaian rahsia itu diteruskan termasuklah untuk membiayai muktamar 2015; Himpunan Istiqomah Sampai Menuju Kemenangan; Himpunan Fastaqim; Himpunan Anak Muda Istiqomah; Himpunan Bantah TPPA; Himpunan pro RUU355; dan menganjurkan International Conference Of Muslims Unity di Kota Bharu. (rasanya ahli PAS yang pergi ke semua himpunan tahu mana PAS dapat duit, ahli PAS yang pergi bukan sahaja habis duit pergi tapi habis duit menderma)

16. Pemimpin PAS yang turut menerima bayaran selain dari Nasharuddin ialah;

i) Takiyuddin Bin Hassan - MP Kota Bharu

ii) Nik Muhammad Abduh - MP Pasir MAS

iii) Ahmad Samsuri Mokthar - Setiausaha Politik TGHH

17. Nasharudin telah menunjukkan kekayaan luar biasanya apabila membeli;

i) BMW 525 berharga 388,000 pada harga 230,000

ii) Toyota Vellfire pada harga 290,000

iii) Toyota Camry pada 150,000

iv) Toyota Fortuner pada 200,000

v) Rumah di Bangi yang bernilai 3,000,000

Kesemua pembelian dibuat secara tunai.

18. Beberapa pemimpin PAS yang lain didakwa membeli rumah, kereta mewah dan berkahwin dua, tiga; mereka membelanjakan wang secara bermewahan melebihi dari gaji mereka. (Dapat duit UMNO untuk kahwin ya... aku tergolek gelak)
19. Nik Amar mempunyai rangkaian kenderaan mewah antaranya;

i) Range Rover (kereta third hand... lah SR weeh)
ii) Audi (terpakai juga..)
iii) Toyota Vellfire
iv) Toyota Attis

Dan didakwa membina beberapa buah rumah untuk keluarganya.

20. Hashim Jasin pula didakwa membeli Porche Cayman; Khairuddin Aman Ghazali hadiahkan isteri keduanya kereta Audi Q7 yang berharga 500,000 (ini dia bergambar sahaja di pameran kerata); Nasarudin Tantawi membeli Toyota Vellfire bernilai 300,000 (bayar muka RM10k... hutang RM290,000 ada resit... bodoh); Nik Muhammad Zawawi membeli kereta Mercedes dengan nombor plat PAS 9 yang bernilai 100,000 dan sebuah Audi; Takiyudin Bin Hassan membeli beberapa jenama kereta mewah termasuk motor antaranya Volkswagen Passat bernilai 160,000 dengan nombor plat TAK 11 (ini dah 5 tahun beli hanya beratus ringgit aje) yang bernilai 100,000; Muhammad Khalil membeli motor BMW (dia lesen motor besar pun tak ada, hanya bergambar selfie aje); Mokthar Senik membeli Mercedes dan Toyota.


Paling lucu dalam senarai 17 pimpinan PAS MAKAN DUIT UMNO ialah Ustaz Khalil anak Presiden PAS. Itu motor hanya bergaya "selfie" semasa XPDC aje.. rupanya kaki fitnah tak boleh tengok puak lebai pakai barang mewah. Dia nak ustaz Khalil pakai motor buruk aje..


Hari ini saya masih dapat sebaran kononnya kemenangan PAS akan dibatalkan kerana terbabit dengan rasuah MAKAN DUIT UMNO. Kuat benar psywar Harapan untuk jatuhkan PAS dan ulama dengan pelbagai tuduhan. Yang peliknya bukan yang bodoh percaya,seperti yang saya dah sebut. Dunia akhir zaman fitnah jadi mainan hidup. agama menjadi igauan.

Kenapa fitnah kepada PAS tersebar dan tidak ditangkis? Ini persoalan yang sangat baik. Sebenarnya dijawab tapi malangnya PAS sangat lemah dalam menghadapi perkara fitnah ini kerana;

1. Harakah tak mampu memainkan peranannya sebagai lidah rasmi pasti.
2. Jentera penerangan PAS sangat daif. Perlu tukar ketua penerangan PAS.
3. MujahidCyber/Cybertropper PAS sangat ketinggalan, lemah dan tidak teratur.
4. Strategi PAS pada PRU-14 tidak tepat, tersasar dan tidak mengenai sasaran.
5. PAS tak kenal sasaran pengundi. Bukan tak kenal tak tahu siapa sebenarnya sasarannya.

Jika PAS boleh baiki perkara ini PAS boleh menguasai Malaysia pada PRU-15 nanti kerana PAS mempunyai pengundi teras yang sangat kuat dan baik

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. allah akan makbul doa orang yang terfitnah x payah tunggu april 2019 sikit sikit allah tunjukkan hanya mereka yang mahukan kebenaran akan nampak, buta hati/fikiran/dendam/hasad dengki excluded

    BalasPadam
  2. Tidak tepat jika mengandaikan PAS kalah kerana gagal menangkis fitnah, kerana BN juga ditolak walaupun menguasai media utama serta jentera propaganda yang lengkap.PH yang dikatakan menguasai media siber juga ditolak secara total di Terengganu serta Kelantan dan ramai calon hilang deposit.. PAS juga berjuang sendirian dengan dihimpit lawan yang lebih ramai namun berjaya menambah kemenangan di beberapa negeri. Rakyat dalam keadaan mood marah kepada BN kerana beban terkena secara langsung seperti GST..jika tiada isu besar menyeluruh yang terkena batang hidung.. rakyat akan mengambil sikap tidak kisah masaalah negara selagi dapat makan nasik lemak,roti canai dan teh tarik. Golongan pengundi saluran 1 pula dan warga pendalaman sebelum ini menganggap BN adalah pemberi rezeki. Tun Mahathir pula ibarat pemain bola gantian yang berada pada kondisi yang tepat menerima hantaran bola lalu berjaya menjaringkan gol yang amat berharga bagi PH

    BalasPadam
  3. Meskipun bukan pemerintah pada pra pru13 tapi pH banyak mendapat faedah dan kepakaran dari luar negara.

    BN pun karam di lambung obak fitnah: "negara bankrap".

    Kalau BN boleh karam secara itu, yang lain2nya, sap sap soi.

    BalasPadam
  4. Sangat setuju dgn artikel di atas. Ketua Penerangan Pas elok benar ditukar kerana gagal menangkis fitnah mega Pakatan. Begitu juga gagal mengembeling tenaga cyber trooper Pas yg ramai di luar sana.

    BalasPadam
  5. PAS kena bnyak bercakap..
    Pnggil wartawan mainstream..
    Rakyat suka yg mnyerang...
    Serangan biar berfakta..
    Xnak persepi saje...

    BalasPadam