Header Ads

ads header

Flash News

Betul Ke Mahathir Mahu Anwar Jadi PM? Tapi Bila?


AL KISAH… Semua tentu maklum bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memang pernah bermusuhan dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 20 tahun lalu.

Ini bukan benda rahsia, malah dalam sidang media di ibu negara dengan semua koresponden agensi berita asing selepas pecat Anwar pada 1998, Mahathir mendakwa konon orang No.2nya itu tidak layak jadi pengganti beliau.

Akibatnya, Anwar melancarkan gerakan Reformasi dan lahir parti serpihan UMNO yang kemudian dikenali sebagai PKR dengan slogan unik berdasarkan kepada akronim nama UMNO itu sendiri – Undur Mahathir Negara Okay!

Ketika itu, jutaan penyokong tegar Anwar dimomokkan dengan kekejaman Mahathir menyalahgunakan kuasanya seumpama rejim diktator jahat waima diberi gelaran buruk seperti Madey Kerala Kutty selain Firaun Maha Zalim.

Malangnya demi kuasa, Mahathir yang mendakwa kononnya mahu bersara dari politik pada tahun 2003 itu sebelum tiba-tiba buat ‘pusingan U’ pada 2016, dan kali ini bersungguh-sungguh pula mahu Anwar menjadi perdana menteri.

Lucunya, pada sidang media di ibu negara hari ini, ketua kerajaan paling tua di dunia itu mendakwa konon Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ada menyatakan kesediaannya memberi pengampunan diraja kepada Anwar.

“Baginda bersedia untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar, jadi kami akan menyiapkan segala proses dokumen. Ia adalah pengampunan secara penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan.

“Tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan. Jadi selepas itu, Anwar bebas untuk menyertai politik,” kata Mahathir. Ironi setakat ini pihak Istana Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ia sekali gus mencetuskan spekulasi cakap politik mengenai kesahihan perkara itu apatah lagi Mahathir selamba sahaja mengeksploitasi nama Seri Paduka Baginda konon ada pernah berjanji untuk mengampunkan Anwar pula.

Ada pemerhati politik tempatan menyifatkan Mahathir mungkin berbuat demikian supaya rakyat percaya konon Yang di-Pertuan Agong mahu membebaskan Anwar dan sepatutnya dapat keluar hukuman penjara pada 8 Jun.

Ini bermakna jika Anwar gagal menerima pengampunan diraja, para penyokong tegar Pakatan Harapan (PH sebuah organisasi politik haram tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) akan mendakwa baginda sebagai penipu!

Jika ini berlaku, kemungkinan besar akan berlaku demonstrasi haram secara besar-besaran di depan Istana Negara untuk biadab mendesak Yang di-Pertuan Agong menepati janji atau ada petisyen agar baginda diturunkan takhta.

Ia mungkin tampak keterlaluan tetapi sejarah pernah mendedahkan Mahathir pergunakan kes Prebet Adam di Chow Kit pada 1985 dikaitkan almarhum Sultan Johor menyebabkan seluruh institusi beraja ‘dihukum’ menjadi mangsa.

Biarlah ini dianggap cuma spekulasi, tetapi jika diamati, Mahathir bijak berpolitik memanipulasi sentimen rakyat kerana sebelum ini beliau mendakwa Anwar akan diberi jawatan perdana menteri selepas dua bulan PH berkuasa.

Kelakarnya, tempoh ‘menunggu’ tersebut konon dinaikkan pula kepada dua tahun dan selepas itu ayat Mahathir berubah lagi kepada beberapa ketika! Apakah ini pusingan U terbaik di dunia untuk misi memperbodohkan rakyat?

Hakikatnya, mereka berdua adalah seteru. Khabar angin turut tular mendakwa Anwar tidak ‘selesa’ Mahathir jadi semula perdana menteri kerana sedar komplot bekas bosnya itu licik mahu lantik pula anaknya, Mukhriz sendiri.

Ia terbongkar apabila agensi berita rasmi Bernama hari ini ada menyiarkan analisis sempena pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri bahawa beliau keluar UMNO akibat ‘kecewa’ Mukhriz gagal pemilihan jawatan parti itu.

Laporan tersebut kemudian dipadamkan, namun ia membuktikan Mahathir ada rancangan mahu Mukhriz dilantik sebagai naib presiden sebelum menjadi timbalan presiden dan akhirnya presiden parti terbesar Melayu di dunia itu.

Sekiranya ini benar, maka terbuktilah Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia, tetapi demi agenda peribadi sehingga sanggup tergamak ‘bunuh’ UMNO yang banyak berjasa terhadap negara termasuk mempertahankan Islam.

Setakat ini tiada tempoh masa muktamad diberikan Mahathir untuk Anwar menjadi perdana menteri yang kelapan, tetapi ‘drama’ politik unik mereka sudah pun berjaya mengkucar-kacirkan arena siasah Malaysia. – Mynewshub.cc


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. Pd pandangan saya, jgn wujudkan persepsi. Kita bg TDM peluang sambil susun gerak kerja kita. Biar rakyat yg hukum mereka.

    BalasPadam
  2. Ulangan kisah Mayo dan Jebayo, layan!!!

    Phuyo: "Tolong! Tolong! " jeritan Phuyo minta tolong

    Mayo: "kenapa pokcek?"

    Phuyo: "anak dare i teggolam tu hah, pokcek tak gheti berenang"

    Mayo: "takper pokcek, say akan selamatkan anak dare pokcek tapi ada syarat"

    Phuyo: "tak kesahlah apo syaratnya eh.. janji anak sei dapat diselamatkan"

    Mayo: "say tak mintak bosar pokcek, cumo satu ja"

    Phuyo: "berapo pon pokcek boleh bori, no hal.. cepatlah, capatlah"

    Mayo: "say bukan nak duit pokocek, den cuma nakkan anak pokcek jer, kalau boleh say terjun sekarang juga"

    Phuyo: "camtu pokcek setuju, janji dare selamat"

    Mayo pun terjun, pokcek memerhati dengan penuh suspens. Dare dapat ditarik ketebing dan dia selamat.

    Phuyo: "TQ bebanyak tuan, ambillah dare sebagai hadiah atas usaha tuan itu sebagaimana perjanjian"

    Dare dibawa pulang ke rumah Mayo. Mayo tidur lena malam itu.

    Keesokanya datang seorang lelaki bernama Jebayo yang baru pulang dari pertapaan.

    Jebayo mengetuk pintu rumah Mayo. Bila pintu dibuka, Mayo nampak Jebayo mencekak pinggang di depan pintu.

    Mayo: "wahai saudara, apa yang membawa anda ke sini? Apakah anda perlukan makanan dan bantuan welfare, beritahu say sedia bantu"

    Jebayo: hamba datang bukan minta ihsan, hamba datang untuk menuntut hak. DARE hak hamba. Ia harus dikembalikan!"

    Mayo: "hok alah, bior bonar... hamba salah rumah ni brader."

    Apa seterusnya? Aha nantikan siri 2: FINALE - Return of Jebayo

    BalasPadam
  3. Mahataik sdg merancang nak gulingkan YDPA dgn mgatakan YDPA setuju beri pgampunan diraja kpd dsai. Padahal pihak istana tidak keluarkan apa2 jawapan kelulusan pun. Adakah rakyat nak tggu masa dgn berputeh mata aje Mahataik gulingkan YDPA dan digantikan dgn Lim Kit Siang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balasan yang mendepani konsumer apabila pengesahan "Roti Mentega" sebagai roti pilihan Mickey Sally tidak memuaskan hatinya.

      Padam
  4. Akhirnya PH Yang Bergabung Dengan BN/UMNO


    Belumpun sampai seminggu berlalu PRU 14, hampir menjadi kenyataan yang akan bergabung membentuk kerajaan campuran ialah PH dan BN/UMNO, bukannya PAS. Di negeri-negeri yang sukar membentuk kerajaan seperti Perak, Kedah dan Sabah, akhirnya ADUN-ADUN BN/UMNO bergabung dengan PH membentuk kerajaan.

    Lebih menarik lagi di negeri Sarawak, kerajaan negeri di bawah BN yang telah terbentuk dua tahun yang lalu sedang diusahakan untuk bergabung dengan PH. Tokoh yang bertindak menggabungkan BN Sarawak dengan PH ialah Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, seorang diserang bertalu-talu oleh Sarawak Report sebelum ini.

    Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat telah memulakan langkah agresif untuk menarik seramai mungkin MP dan ADUN BN/UMNO untuk menyertai PH atas asas untuk memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen dan DUN. Usaha ini akan menjadikan Dr Mahathir bersama kumpulan bekas BN/UMNO ini menguasai PH sekaligus menguasai kerajaan.

    Beberapa pihak sebelum ini telah meramalkan situasi ini akan berlalu iaitu BN/UMNO lah yang akan bergabung dengan Dr Mahathir dan pasukannya sama ada di dalam BN atau PH. Ramalan itu adalah berasaskan Dr Mahathir adalah 'mempunyai DNA' UMNO, di samping Dr Mahathir sudah tiga kali kembali kepada UMNO.

    Kini ramalan mereka hampir menjadi kenyataan apabila semakin ramai MP dan ADUN BN/UMNO menyeberang menyertai Dr Mahathir. Fitnah yang menuduh PAS akan bergabung dengan BN/UMNO tidak menjadi kenyataan, sebaliknya yang berlaku pemfitnah itu yang akhirnya bersekutu dengan BN/UMNO untuk berkongsi 'habuan' masing-masing.

    Penggabungan PH dan BN/UMNO ini akan memberi peluang kepada Dr Mahathir untuk membina semula 'empayar' beliau setelah terganggu semasa era reformasi. Yang terus konsisten berhadapan dengan Dr Mahathir serta BN/UMNO ialah PAS. Manakala bekas-bekas pimpinan PAS yang bersama PAN sekarang melutut kepada BN/UMNO.


    Dr Raden Niyat

    ......
    MINDARAKYAT
    http://mindarakyat.blogspot.com/
    https://telegram.me/mindarakyat
    https://www.facebook.com/Mindarakyat

    BalasPadam