Header Ads

ads header

Flash News

Cukuplah Nik Omar Mengaibkan keluarga Di Media, Islam Tak Ajar


Saya terbaca isu Nik Omar anak kedua Tuan Guru Nik Abdul Aziz di media, terutamanya di portal Malaysiakini. Sudah 10 hari PRU-14 berlalu sepatutnya isu perbalahan keluarga dihentikan sebaik-baik dihulurkan salam kemaafan. Sekarang masa untuk bina negara. Harapan dah dapat beberapa negeri serta Negara. Bina negara seperti mana manifesto kerana itu kehendak rakyat.

Jatuhnya kerajaan zalim Barisan Nasional (BN) kerana rakyat sudah muak dengan politik wang, kronisma, nepotisme termasuk juga kleptokrasi. Di Kelantan dan Terengganu rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Harapan (PH); malah ada ramai calon Harapan (PH) yang hilang wang 'deposit'. Rakyat nak manifesto PAS iaitu Islam sebagai cara hidup. Rakyat nak hudud dan memperkasakan RUU 355 iaiu memperkasakan undang-undang syariah bagi menjamin keseleamatan rakyat sebagaimana janji Allah.

Hormatilah kehendak rakyat. Kerajaan Pusat baru memikirkan kehendak rakyat. Tamatlah polimik ini. Hentilah kerja bodoh memburuk dan membuat fitnah serta menyebar perkara-perkara yang Islam larang.

Kalau betul Nik Omar Nik Abdul Aziz tokoh mewarisi ayahnya, hentilah buat kerja yang ayahnya tak ajar mendedahkan keaiban keluarga di media. Bukan ayahnya tak ajar malah Islam melarangnya sama sekali.

Kenapa tak ambil berkat dan kehebatan bulan Ramadan untuk menyambung silaturrahim?




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

Tiada ulasan