Header Ads

ads header

Flash News

DAP Menteri Kewangan, “Cash is King”


Isu pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan Malaysia telah diperkatakan oleh ramai orang. Tahniah Lim Guan Eng anda Menteri Kewangan Malaysia. Saya kena ucap tahniah bukan apa nanti ada yang kata kita asyik mengkritik sahaja tak pula nak ucap tahniah, dengkilah tu.

Bukan senang Mahathir nak berikan jawatan ini. Dulu dia PM dia juga Menteri Kewangan Malaysia kerana dia ada pengalaman dengan Tengku Razaligh yang guna kementerian ini.

Mari kita kaji logik dengan fakta sejarah.



Tun Abdul Razak Hussein adalah Menteri Kewangan yang ke-3 pada tahun 1969-1970. Kemudian dia menjadi PM pada 1970. Dengan kementerian ini dia mempromosi pembangunan luar bandar.  DEB adalah ide beliau. Dia terkenal dalam masyarakat. Dia jadi PM.


Tun Hussein Onn pula adalah Menteri Kewangan ke-5 pada 1974-76. Kemudian dia jadi PM pada tahun 1976. Dengan kementerian ini dia menyatupadukan masyarakat dengan lebih harmoni. Dia pun terkenal, dia juga jadi PM.


Tengku Razaleigh Hamzah pula menjadi Menteri Kewangan ke-6 pada tahun 1976-1984. Dia bina kewangan UMNO dan Melayu dengan bank dan pelbagai perniagaan. Dia sangat terpengaruh. Ikut logik dia sepatutnya menjadi PM yang ke-4. Tapi Mahathir telah 'spoil' UMNO dengan membentuk team jatuh menjatuh. Ini dia sebenarnya perosak UMNO yang menyuntik virus perpecahan dalam UMNO.

Pening juga Mahathir dan lawan Tengku Razaleigh Hamzah kerana Kuli mempunyai kewangan yang baik. Dia menang hanya 43 undi sahaja. Itu pun Najib Razak musuh dia sekarang ini yang berpaling tadah dan menyokong dia disaat akhir.


Mahathir lantik Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan ke-7 pada 1985-1990. Daim tak sebulu dengan Anwar Ibrahim. Anwar pula anak emas Mahathir. Mahathir pening nak pilih mana. Akhirnya Mahathir pilih Anwar.

M.G.G. Pillai ada menulis mengenai krisis Daim-Mahathir sehingga perletakkan jawatannya dan diganti dengan Anwar. Saya tak panjang di sini.


Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan ke-8 iaitu 1991-1998. Anwar guna kesempatan ini untuk bina orangnya dalam UMNO dan juga diluar UMNO. Jim (IRC) adalah mereka yang bernaung dengan Anwar dan mendapat kewangan yang sangat banyak. JIM/IRC/IKRAM yang kini menjadi pengkhianat parti PAS membentuk parti AMANAH sekarang.

Anwar agak gelojoh, ada perancangan nak jadi Mahathir sebagai Gabnor Langkawi. Projek ini terbongkar. Perang Mahathir-Anwar berlaku 1998.

Mahathir lihat kehebatan MENTERI KEWANGAN dalam membina kuasa. DIa menjadi Menteri Kewangan yang ke-9 dan juga PM. Dia beri sekejap kepada Daim kemudian dia ambil terus. Tradisi ini diteruskan oleh Paklah dan Najib.

Persoalan timbul?

Kalau Kementerian ini penting kepada Mahathir berikan kepada Lim Guan Eng, DAP yang menjadi musuhnya dahulu??

Saya tak payah jawab pembaca boleh membuat penilaian sendiri. Terpaksa ke? atau apa-apa....

Ada yang berhujah kononnya apa salah Cina menjadi Menteri Kewangan Malaysia, dulukan Malaysia ada Menteri kewangan pertama dan ke-2 iaitu Tun (Kol.) Hau-Shaik Lee dan Tun Tan Siew Sin.

Saya menjawab kenapa Tun Razak ambil jawatan ini dan terpaksa membuat DEB bagi mengimbangi Melayu yang sangat ketinggalan dalam dunia perniagaan dan ekonomi.

Mahathir membuat kesilapan besar. Harapan akan bertanggungjawab atas perkara ini.


Saya tak nak panjangkan perdebatan. mari lihat nota-nota ringkas untuk pembaca berfikir apabila Menteri Kewangan diberikan kepada DAP.

Berikut ada lah agensi-agensi yang akan berada di bawah kuasa DAP.

Agensi-agensi tersebut memainkan peranan atau sebagai penggerak kepada Kementerian Kewangan yang memudahkan pengawalan dan pengurusan pendapatan negara:

- Bank Negara Malaysia (BNM)

- Suruhanjaya Sekuriti
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

- Bursa Malaysia
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir (LOFSA)
- Perbendaharaan Malaysia
- Jabatan Akauntan Negara (ANM)
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)
- Yayasan Tun Razak
- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
- Lembaga Totalisator Malaysia (LTM)

Ini sebahagian aje...
Nasib malang bagi sesiapa yang tidak mengundi calon Islam dalam pemilihan baru-baru. Anda telah mengkhianati amanah Allah untuk menjaga Islam.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Semua ini ada kaitan dengan amalan biasa atau tidak. Amalan biasa dalam sebuah dapur ialah, pemunya kerusi terbesar akan tentukan siapa yang akan dapat apa dalam kitchen cabinet.

    Amalan ini tidak dipraktikkan. Yang dipraktikkan ialah ikut populariti. Yakni kalau kerusi itu paling popular waima kerusi paling kecil pun akan dianggap kerusi terbesar.

    Bila amalan biasa tidak diikuti, amalan seterusnya juga turut menyimpang dari amalan biasa.

    Kesudahannya, dapur tadi dan kitchen kabinetnya pada keseluruhannya nampak pelik pada pandangan orang biasa.

    BalasPadam