Header Ads

ads header

Flash News

Drama baru bermula.. Tergesa-gesa serah kuasa kepada Anwar tidak bijak, kata Daim


Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.

"Jika kamu ingkari janji rakyat, mereka tidak lagi akan mempercayai kamu lagi," katanya dalam temu bual dengan Straits Times Singapura.

Daim, kini menjadi tokoh penting dalam pentadbiran baru Mahathir, berkata beliau telah berjumpa dengan Anwar dan menyampaikan kata-kata berikut: "Kamu semua telah cuba banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya."

Anwar dijangka akan dibebaskan dari penjara esok. Sehari sebelum hari mengundi, Anwar menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong Mahathir pada pilihan raya ke-14.

Sebelum ini, Mahathir berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

8 ulasan:

  1. kalau nak pegang jangan pegang 'janji mulut'

    kalau tak mahu kena langar pakai 'hitam putih'

    paling utama, kalau nak suruh tunai usah beri 'cek kosong'

    ambillah pengajaran

    NBN

    BalasPadam
  2. Tergesa gesa tidak bijak bermakna melengah-lengahkan adalah bijak.

    Dari sudut lain tapi maksud sama adalah: tergesa gesa bodoh, lengah lengah pandai

    Tiada siapa nak buat kerja bodoh yakni tidak akan adanya tergesa gesa.

    Lengah lengah itu bijak, ini yang si bijak akan lakukan untuk si tidak bijak.

    Fuyo, satu drama sarat dengan mesej untuk si tidak bijak. Siapa?

    BalasPadam
  3. Baru kencing sikit. Tumgggu.. terlopongg akhirnya.

    BalasPadam
  4. Adakah akan berakhir dengan drama 'Reformasi part 2' pula, nampak gaya kempunan lagilah DSAI. Jika benar terjadi, saya tak nak lagi jadi bahan pukulan dan water canon FRU dan polis

    BalasPadam
  5. 19 tahun boleh tunggu, apalah sangat satu penggal.

    BalasPadam
  6. APA cerita ni jgn terburu buru ayat yg tersirat yg dah bolih diterjemahkan

    BalasPadam
  7. Nampaknya penasihat lebih berkuasa drp PM pulak dah. Nk jadi PM sangat. Awal2 lg telah gagal, myk tak turun2, gst tak hapus2 lg. Dudok sibok nak rebut jawatan menteri aje utk buncitkan perut. Dimana amanah dan tanggungjawab kamu sebenarnya?

    BalasPadam
  8. kalau itulah peranan pengerusi 'kensel of order', lebih berbaloi kalau gajikan punahsihat jer. duit tak abih, takdak siapa dapat malu.

    BalasPadam