Header Ads

ads header

Flash News

Gurdial Singh Nijar harap Mahathir benteng menentang Islamisasi PAS


PETALING JAYA: Mereka yang menentang Islamisasi PAS perlu menganggap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sekutunya, kata peguam, Gurdial Singh Nijar.

Bekas pensyarah undang-undang itu mendapati pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sangat lantang menentang program Islamisasi yang dikemukakan PAS.

“Semasa menjadi perdana menteri buat pertama kali (1981 hingga 2003), beliau cuba meneutralkan usaha PAS mempolitikkan Islam,” katanya sambil menambah Dr Mahathir cuba menangani masalah itu melalui usaha memihak kepada kerajaan ketika itu.

“Apa yang beliau lakukan ialah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam, dengan mengetahui apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada FMT selepas menghadiri sebuah forum mengenai keputusan pilihan raya umum anjuran Majlis Gereja Malaysia.

Kemudian, Dr Mahathir mula menubuhkan pelbagai institusi seperti perbankan Islam dan institusi agama lain untuk menyokong pandangan kerajaan bagi melawan usaha Islamisasi PAS.

Gurdial berkata, Dr Mahathir secara konsisten lantang menentang hukuman jenayah hudud dengan menyifatkan ia tidak Islam dan tidak patut dilaksanakan di Malaysia.

“Dari segi ini, Dr Mahathir ialah sekutu.”

Tetapi, Gurdial turut mendapati PKR tidak mengambil pendirian jelas mengenai usaha PAS untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah melalui satu rang undang-undang (RUU) persendirian.

“Mereka kata perlu lebih banyak masa, mereka perlu memikirkannya dengan lebih berhati-hati, mendapatkan pandangan orang lain dan tidak boleh terburu-buru dan perlu ditangguhkan. Pendirian mereka kurang jelas berbanding Dr Mahathir.”

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU persendirian untuk meminda Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

RUU itu mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Gurdial berkata, pengaruh PAS di kawasan pedalaman Melayu, khasnya pantai timur boleh menjadi cabaran kepada PH.

Katanya, pengundi PAS mungkin tidak bersetuju dengan hala tuju PH yang bergerak ke arah lebih terbuka, liberal, bebas dan telus.

“PKR mungkin perlu menjadikan sesetengah dasarnya lebih sederhana dengan mengambil kira sensitiviti pengundi ini.”


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

10 ulasan:

  1. Nampaknya penyokong2 PH bergembira termasuk pengundi2 melayu..bila org bukan islam telah berani berkata sesuatu dengan status islam.
    Terima kasih atas undian anda semua

    BalasPadam
  2. Kalau Mahathir dianggap telah berubah makanya tanggapan Mahathir terhadap Pas juga telah berubah. Apakah ini yang menarik perhatian Kordial?

    BalasPadam
    Balasan
    1. madey berubah.. kucin tumboh ekog satu lagi laa..

      Padam
  3. Harga yang perlu dibayar apabila undi diberi kepada PH

    BalasPadam
  4. Apalah perasaan org islam yg undi PH yer,setelah membaca satu demi satu penghinaan demi penghinaan terhadap islam.Moga kalian sedar menjelang PRU 15.Tak berbaloi langsung menggadai akhirat utk keseronokan dunia yg x lagi dijamin bahagia.

    BalasPadam
  5. Siapa penulis artikel ini.Siapa nak bertanggungjawab pada artikel ini.

    BalasPadam
  6. Kesatuan umat islam perlu dilihat dari sudut politik dan usaha meraih kuasa. Segala sarana yang ada perlu digemblingkan dan digunakan sebaik baik seperti pengunaan internet untuk mempromosikan perpaduan umat Islam, Umat Islam perlu banyak ( mewujudkan) NGO Muslim agar program perpaduan Islam dapat dirancang dengan sebaik-baiknya. Pada masa kini umat Melayu dimomok-momokkan sebagai umat yang suka bergaduh sesama sendiri. Salah siapa?
    Wallahualam.

    BalasPadam
  7. nga kata kuda tungangan sudah ada.kuda kan ajer selagi larat.teringat lagu "kuda ku lari gagah berani"

    BalasPadam