Header Ads

ads header

Flash News

Ibrahim Ali, Nik Omar antara 269 calon hilang deposit


KUALA LUMPUR: Seramai 269 calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kehilangan wang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Negeri tertinggi yang mencatatkan calon kehilangan deposit atau wang pertaruhan ialah Pulau Pinang dengan 71 calon, di mana 63 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen, manakala Negeri Sembilan seramai 40 calon.

Calon hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Lapan calon kerusi Parlimen Pulau Pinang hilang deposit termasuk Presiden Penang Front Party (PFP), Datuk Ooi Khar Giap dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Di kerusi DUN pula, seramai 63 calon termasuk enam calon Barisan Nasional (BN) hilang wang deposit.

Semua calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Bersatu Malaysia (MU), Parti Alternatif Rakyat (PAP) dan PFP hilang wang deposit bersama dua calon PAS dan empat calon Bebas.

Di Kelantan, 48 calon di kerusi Parlimen dan DUN hilang wang deposit. Mereka adalah antara 91 calon yang bertanding di semua 14 Parlimen dan 45 DUN di negeri ini. Calon yang hilang deposit itu dari PKR dan Bebas.

Daripada jumlah itu, 38 daripada mereka adalah calon DUN manakala selebihnya adalah calon Parlimen. Antara yang kehilangan deposit adalah Datuk Ibrahim Ali yang bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas.

Beliau mendapat 5,373 undi berbanding lawannya dari PAS Ahmad Fadhli Shaari yang menang kerusi itu dengan mendapat 28,080 undi.

Anak bekas Menteri Besar, Nik Omar Nik Aziz yang bertanding di kerusi DUN Chempaka turut hilang deposit. Beliau mendapat 2,418 undi berbanding calon PAS Ahmad Fathan yang menang dengan 10,549 undi. Calon BN, Mohamad Fareez Noor Amran mendapat 7,075 undi.

Di Terengganu, 23 kerusi yang ditandingi calon pakatan pembangkang menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) hilang deposit merangkumi 19 calon di 20 kerusi DUN dan tiga calon Parlimen.  - Berita Harian



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

4 ulasan:

  1. Bakal timb menteri. Atas dasar apa? Sbb anak arwah TGNA. Harap2 dipilih sebab keilmuan atau pengalaman bukan sebab nak raih undi PRU15

    BalasPadam
  2. Seperti dengar cakap2 kenapa harus diberi jawatan kepada mereka yang bukan setakat kalah sahaja malah hilang deposit. Adakah masih mengekal perangai lama dan memilih kronisme sahaja? PH akan jadi BN 2.0 jika cara begini.

    BalasPadam
  3. Tahniah Nik Omar kerana kalah. Sepatut anak tgna pasti menang punya sbb nk myekat ajaran islam, bukannya nak myokong dan mgundi islam atau membantu agama Allah.

    BalasPadam