Header Ads

ads header

Flash News

Janji Harapan meleset, KPDNKK Kesan 99 Barang Naik Harga Di KL


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan kenaikan harga 99 jenis barang menerusi operasi pemantauan harga pasaran.

Antara yang mengalami kenaikan harga ialah ayam, ikan bawal hitam, sotong selain sayur-sayuran seperti lada benggala merah dan tomato.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, pegawainya melaksanakan pemantauan harga bagi meninjau perubahan harga di pelbagai lokasi antaranya di pasar raya, pasar basah dan kedai runcit.

“Ikan bawal hitam mengalami kenaikan harga sebanyak RM3 menjadikan harga pasaran ketika ini mencecah RM20 sekilogram (kg).

“Selain itu, ayam proses juga menunjukkan peningkatan purata sekitar 30 sen sehingga 50 sen, di beberapa lokasi.

“Barangan lain seperti lada benggala merah, tomato dan sotong menerima kenaikan antara RM1 hingga RM2 untuk setiap kg,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ummi Nasrah juga berkata 103 jenis barangan menunjukkan penurunan harga, manakala barangan lain masih kekal pada harga sama.

“Harga ikan cencaru turun RM1 menjadikan harga pasaran ikan itu kini RM7 sekilo. Begitu juga harga udang putih alami penurunan harga sebanyak RM2 menjadikannya RM24 bagi setiap kg.

“Memandangkan harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, saya mengesyorkan supaya pengguna menjadi `pengguna bijak’ seperti membuat kajian sebelum membeli-belah atau menggunakan aplikasi `Price Catcher’,” katanya.

KPDNKK turut memaklumkan sepanjang dua minggu lalu tiada sebarang aduan diterima khusus mengenai kenaikan harga barang.

Sekiranya terdapat sebarang aduan, pengguna diminta menghubungi kementerian di talian 03-800 886 800, membuat aduan di aplikasi ez-adu atau menerusi emel kepada eaduan@kpdnkk.gov.my – Metro Online

MR :
Rakyat boleh lagi berkira pasal GST dan harga petrol, yang rakyat risau kos sara hidup. Janji untuk memastikan harga barang tidak tingi tidak dapat ditunaikan sangat mengecewakan.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

6 ulasan:

  1. "Kita berjanji sebaik sahaja pakatan menang, kita akan hapuskan GST, turunkan harga minyak, kurangkan beban rakyat ....bla...bla..janji manis...bla..bla..janji manis ...bla..bla..."

    Dan pengundi jahil terpedaya dengan pelbagai janji manis tersebut !

    Dan sekarang pengundi-pengundi pakatan terkejut berok kerana GST tidak dihapuskan, harga minyak tidak turun , harga barang keperluan asas meningkat gila babi dll.

    Lihatlah siapa yang kena kah kah kah kah !

    17,000 orang Melayu Islam ditamatkan perkhidmatan. Wah tiada kasihan belas untuk kaum Melayu Islam. Selepas ini siapa pula?

    Gaji suami pual akan dipotong untuk caruman KWSP isteri. Dahlah selama ini gaji suami dipotong untuk kwsp, socso, hutang dll maka semakin kecillah gaji suami di zaman harga barang dan perkhidmatan mencapai tahap gila babi.

    Sepatutnya pengundi-pengundi mengundi parti Islam PAS untuk menggulingkan BN dalam PRU14 !

    BalasPadam
  2. Alasan boleh di terima kenapa harga melambung adalah untuk meraikan kemenangan PRU 14.Ya demi kesamarataan semua akan dapat durian runtuh. Pilih2.

    BalasPadam

  3. KABAR BAIK!!!

    Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Tanpa biaya transfer,
    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Tanpa biaya pendaftaran,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    BalasPadam
  4. Punca utama disebabkan minyak... xturun harga...

    BalasPadam
  5. Punca utama disebabkan minyak... xturun harga...

    BalasPadam
  6. PH = BN V2.0 macam betul aje kut... kita tengok laaa cam na nanti...

    BalasPadam