Header Ads

ads header

Flash News

Khairuddin dakwa berlaku penipuan di pusat kira undi Jasin


PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis kerana mendakwa berlaku penipuan dan salah laku di kalangan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di kawasannya, semalam.

Menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Daerah Jasin, Melaka, pada Khamis itu, Khairuddin mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan berdasarkan Borang 14 SPR dari 38 pusat daerah mengundi (PDM).

“Saya dapati terdapat Borang-borang 14 SPR yang diserahkan kepada ejen-ejen kira undi tidak ditandatangani ketua tempat mengundi. Pihak ketua tempat mengundi harus menjamin setiap keputusan undi pada Borang 14 SPR mesti ditandatangani ejen-ejen kira undi dari ketiga-tiga parti yang bertanding.

“Tetapi, ketua tempat mengundi gagal mematuhi prosedur atau SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan SPR.

“Terdapat juga Borang-borang 14 SPR yang ditandatangani ejen-ejen kira undi tidak mencatat rekod jumlah undi yang diperolehi calon pilihan raya,” demikian menurut laporan polis Khairuddin.

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu juga mendakwa beberapa ejen pengiraan undi tidak diberikan Borang 14 SPR.

“Ini berlaku pada ejen kira undi kami di saluran 1 PDM Simpang Kerayong. Kertas-kertas undi yang diserahkan pada para pengundi tidak dimasukkan ke dalam peti undi. Jumlahnya begitu banyak dan tidak logik.”

Bekas ahli PPBM itu berkata, pusat pengiraan undi di MSRM Jasin juga berdepan gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi dijalankan.

Khairuddin mendakwa proses pengiraan undi dari 5.30 petang Rabu hingga awal pagi Khamis di 38 PDM menunjukkan beliau mendahului calon BN dan PAS, tetapi pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Jasin mengumumkan beliau kalah tipis kepada calon BN kira-kira 3 pagi.

Kharuddin kalah kepada calon BN, Datuk Seri Ahmad Hamzah dengan majoriti tipis 219 undi.

Hamzah meraih 26,560 undi, manakala Khairuddin mendapat 26,341 undi dan calon PAS, Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

2 ulasan:

  1. Kalau nk buat petisyen pru14 pun kena buat dlm tempoh 14 hari saja ya.

    BalasPadam
  2. secara peribadi saya mengharapkan sangat DS Khairuddin menang...rajin pintar dan berani...saya harap kes ini akan ke Mahkamah dan memandangkan Hakim2 mulai hari ini boleh buat keputusan tanpa tekanan, Hakim yg tangani kes ini akan membuat keputusan yg wajar

    BalasPadam