Header Ads

ads header

Flash News

Kisah Amanat Terakhir Mahathir PRU-14 "Demi Maruah"


Tiada lagi borak2 cikgu sekolah di bulan Ramadhan, dah tak bunyi lagi dah suara mengutuk nyumpah Najib!

Yelah sepatutnya sebelum raya ada kenaikan gaji + bonus. Tup2 undi PH punya pasal setakat dpt tukar 6% GST kepada 10% SST.

Berapa ringgit sangat mereka perlu bayar GST untuk raya berbanding kenaikan gaji sekali ganda + kenaikan tahunan dan bonus?

Yelah kerana terikut ayat2 menyengat mahathir "demi maruah!" Mereka buang Najib. Maruah siapa MAHATHIR bela dahulu?

Sekarang nampaknya maruah Guan Eng yang suci hingga digugurkan dari kes rasuah. Dapat duduk dalam lubuk duit menteri kewangan

Maruah Anwar yg diampunkan dan dibebaskan dari penjara yang boleh terbang guna pesawat kerajaan ke sana sini duit pakai duit rakyat!

Maruah Mat Sabu ada sijil memasakpun jadi menteri pertahanan

Maruah mahathir kerana 3 anaknya yg billionaire dah boleh cogak2 projek mana nak kebas!

Maruah kroni yg besar melabur dalam PRU-14 akhirnya sudah boleh menunaikan hasil!

Maruah rakyat dekat mana? Apa yang rakyat dah dapat? Dah kaya atau duit dah dapat dijimatkan sehingga RM1000 sebulan hasil harga barang turun, harga minyak RM1.50 seliter atau TOL FREE sekarang ini!

Ohh mereka kata kena tunggu 100 hari. Tapi dalam menunggu 100 kena terima bala dulu bak kata perpatah susah2 dulu insya allah kalau kalau silap pangkah susah lagi kemudian ceritanya:.

Hampir 40k penjawat awam dibuang kerja!

200k penjawat awam dibelenggu kerisauan mungkin mangsa diserap ke swasta!

Bonus tak ada!

Gaji kena potong!

Kenaikan gaji sekali ganda dan tahunan dimansuhkan!

60k pekerja yg bakal diserap dalam jabatan kerajaan melalui skim SL1M dibatalkan

Hampir 200k graduan yg sepatutnya diserap masuk syarikat GLC @ swasta melalui SL1M SEBELUM PRU14 tergantung tanpa berita bila nak mula kerana kerajaan sudah bertukar.

Graduan ketika 100 hari ini tidak dapat memohon apa2 pekerjaan kerana kebanyakan syarikat swasta membekukan pengambilan pekerja baru bagi memerhati keadaan ekonomi tidak stabil.

Harap nak dapat BR1M sebelum raya tetapi kira2 8juta penerima berputih mata dan kurang dari 2 juta dapat tak sampai separuh.

Tol balik raya confirm kena bayar tp najib janji free.

Hutang PTPTN Syed Saddig dah kejar!

Orang kampung bertanya ada lagi ke 1Azam E-Kasih

Nelayan petani bertanya elaun mereka bila nak masuk!

Warga felda terduduk duit raya tahun ini tak ada dibekukan. Lagi sedang bingung harap tanah rumah je ada geran tapi tanah ladang 10 ekar?

Inilah nilai janji maruah mahathir. Sedar x sedar kalau anda ulang baca balik artikel ini dalam sistem pemerintahan kerajaan Mahalim dengan sistem pemerintahan 22 tahun Mahafiraun sama sahaja iaitu:
ANAK BERANAK + KRONI FIRST dan kemudian2 mereka fikirkan rakyat itupun kalau duit kerajaan cukup walaupun Najib tinggal rezab negara rm430b tidak bermakna cukup untuk membantu rakyat!

Kadang2 kita teruja bila cakap pasal maruah tapi mahathir tak cakap dia nak bela maruah rakyat, mungkin dia maksudkan maruah wakil rakyat kroni dan anak beranak. Jadi tak adil kita salah Mahathir kerana ini semua salah najib salah najib salah najib itu ayat ditanam dalam benak mereka oleh regim Mahalim... mohd fadzil...

Mohd Fadzil
#FaktaBukanAuta


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

16 ulasan:

  1. Lari daripada "Cash is King" masuk era "Crony is Kingkong".

    Muah muah muah

    BalasPadam
  2. Balik semula ke zaman dividen epf dan th bwh 5%. Yea seronoknya

    BalasPadam
  3. Masa DLM pas dulu tak pulak sebarkan dia hanya ada sijil tukang masak, hairan korang ni .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara jawatan dlm parti dan jawatan dlm kerajaan ada beza.

      Jawatan dlm kerajaan perlu maklumat pendidikan terperinci tanpa kecuali.

      Itulah amalan universal lagi berterusan.

      Padam
    2. Balik kpd sejarah lah pemimpin agong dunia nabi Muhammad saw korang pun tahu baginda tak bolih menulis Dan membaca .... Klau jiwa tu dah kecik semua orang ko pandang x betul bermuhasabah lah....

      Padam
    3. Kelayakan untuk menjadi menteri pertahanan ialah sijil tukang masak supaya tentera boleh memenangi teknologi peperangan canggih di abad ke 21.

      Negara China Komunis pun takut bila mengetahui kehebatan menteri pertahanan. Mungkin kerajaan China Komunis akan arahkan tentera China di Laut China Selatan berundur ke negara China.

      Belajarlah hormat menteri pertahanan kita.

      Kah kah kah kah kah

      Padam
    4. abdul rahman,

      Kamu tidak boleh membandingkan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pemimpin yang mempunyai sijil tukang masak sebab Nabi Muhammad s.a.w. dididik oleh Allah tetapi pemimpin yang mempunyai sijil tukang masak dididik oleh lge.

      Padam
  4. Rakyat sebenarnya melihat dengan penuh minat. Mungkin kerajaan BN 2.0 ini yg akan bertahan satu penggal sahaja.

    BalasPadam
  5. Kapitanis dapat rebat cikai2 yang terlebih bayar

    Apakah marhaen akan dapat rebat 6% x 4 tahun?

    BalasPadam
  6. Aku mmg tak sabo tunggu 100 hari ni. Nak maki kaw2 punya lepas tu

    BalasPadam
  7. Pilihlah Islam sebagai cara hidup. Pilih akhirat baru dunia akan datang dengan sendirinya. Allah Maha Besar. Allah yang beri dan tentukan rezeki setiap orang. Pilih yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam

    BalasPadam
  8. Bab ada sijil masak x yah le sebut. Rezeki memasing Allah dah tentukan. Cuma pastikan Islam terjaga dan tiada yang sibuk menyangkal ibadat orang Islam. Ini bila ada parti Islam x nak sokong nanti bila Islam dihina marah pulak

    BalasPadam
  9. Rakyat dah memilih... pasti akan ada advantage dan disadvantage... kita berani memilih kita mesti berani menanggung akibatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tanggunglah kenaikan harga barang keperluan asas selepas mengundi pakatan.

      Ha ha ha ha ha ha

      Padam
  10. Institusi SPR,SPRM,KEHAKIMAN dah dibebaskan daripada ketiak PM ke belum??? Jika belum kabur rasanya nak tukar kerajaan PRU15 nnt...

    BalasPadam
  11. biasanya Melayu yg ini naik, Melayu yg satu lagi akan jatuhkan itu semua dah tau..harap masih ramai lagi Melayu yg tidak terperangkap dlm sifat kesyaitanan sebegitu rupa

    BalasPadam