Header Ads

ads header

Flash News

Mendirikan solat dalam diri, negeri dan negara


Gambar Menteri Besar Terengganu yang baharu dilantik, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengimamkan solat fardu di Wisma Darul Iman tular menerusi media sosial.

Dalam satu posting gambar di Facebook 'Budok Ganu', Dr. Ahmad Samsuri dilihat sedang mengimamkan solat bersama-sama para pegawainya di bangunan Wisma negeri. Lagi gempak dibelakang Dr Samsuri kelihatan Ustaz Azhar Idrus menjadi makmumnya.


"Dirikan solat pada diri kita, dirikan solat kepada keluarga kita, dirikan solat di negeri perintah kita itu suatu yang sangat bermakna"

Kerajaan Terengganu sekarang menjalankan pemerintah mendirikan solat sebagaimana pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan juga Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Bukan sahaja setiap waktu rehat (zohor) diisi dengan solat berjamaah malah ada sedikit tazkirah membuatkan pegawai kerajaan negeri sentiasa berada dalam pesan memesan sebagaimana tuntutan dalam Surah Al Asr.

Ini suatu permulaan yang baik mengakhir komennya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

8 ulasan:

  1. Beruntunglah rakyat negeri Kelantan dan Terengganu kerana mendapat pemimpin-pemimpin kerajaan negeri yang dari golongan Ahlus al-Sunnah wa al-Jamaah yang beriman dan berjuang menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat.

    Semoga Allah memberikan rahmat, rezeki, hidayah, kebaikan, kesejahteraan dan perlindungan kepada rakyat dan kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Didoakan semoga syiar Islam terus mekar di trengganu dan kelantan. Biarlah dianggap kurang maju duniawi kerana itu ialah kata2 orang sombong. Yang penting Islam terpelihara dan maju dalam istilah yang diredhai Allah aminn...

      Padam
  2. Semoga negeri Terengganu sentiasa diberkati oleh Allah swt.

    BalasPadam
  3. syok nyee dapat pemimpin camgini...

    BalasPadam
  4. Inshaa Allah dua negeri ini akan menjadi negeri contoh membangun bersama Islam yg akan dicemburui oleh rakyat negeri2 sahabat malahan negara2 sahabat juga...

    Inshaa Allah jika Terengganu dan Kelantan sangat cemerlang dlm uruselia negeri masing2... tak mustahil pengundi2 terutamanya melayu Islam akan beralih arah kepada PAS pada PRU yg akan datang... PAS like no other.

    Apa2pun tunaikan dulu janji2 yg telah dibuat disamping beberapa penambahbaikan dlm pentadbiran negeri. Inshaa Allah BPMS telah membuahkan hasil yg sgt lumayan dan tidak mengamalkan budaya balas dendam sebagaimana yg PH anuti... ketahuilah segala tindak tanduk pemimpin akan dinilai pengundi2.

    Serentakkan duniawi dan ukhrawii... inshaa Allah segala urusan akan dipermudahkan Allah SWT

    BalasPadam
  5. kemajuan yg kita nak kecapi biarlah atas DEFINISI ALLAH SWT dan merujuk keperluan ISLAM.Bukan komentar nafsu manusia yang tak pernah puas dengan susuk nafsunya.MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

    BalasPadam