Header Ads

ads header

Flash News

Peguam berpengalaman Shafee Abdullah kunjungi Najib


KUALA LUMPUR: Peguam berpengalaman Muhammad Shafee Abdullah mengunjungi Datuk Seri Najib Razak di kediamannya di Jalan Langgak Duta petang tadi dan meluangkan masa selama 30 minit bersama bekas perdana menteri itu.

Kunjungan itu sehari sebelum Najib dijadualkan menghadiri sesi soal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai hal ehwal syarikat milik kerajaan, SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau disoal selama 5 jam Isnin lepas, dalam sesi yang digambarkan sebagai lanjutan daripada keterangan yang diberikan 2 tahun lalu semasa menjadi perdana menteri.

Shafee mewakili kerajaan dalam kes rayuan liwat Anwar Ibrahim, dan pernah tampil dalam banyak lagi kes berprofil tinggi.

Kenderaannya dilihat memasuki perkarangan rumah Najib sekitara 6.00 petang tadi. Dia meluangkan masa selama 30 minit sebelum beredar tanpa bercakap kepada pemberita.

Najib ditengah-tengah siasatan ke atas skandal berbilion dolar yang dikaitkan dengan 1MDB, yang diasaskan oleh Najib, dan melibatkan polis di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Amerika Syarikat.

Najib menafikan sebarang salahlaku.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. ini menarik...i follow

    BalasPadam
  2. mcmana saya nak tolong..saya pun x tentu lagi..silap2 ke dalam juga..agak2 itu lah a antara dialog shafie dgn najib..

    BalasPadam