Header Ads

ads header

Flash News

PKR tak hadir mesyuarat untuk putuskan kabinet kanan


Para pemimpin PKR tidak hadir pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam untuk memutuskan mengenai kedudukan kabinet, menurut sumber dari beberapa parti komponen.

Mesyuarat ini adalah susulan kepada mesyuarat empat pemimpin parti pada hari Jumaat, di mana senarai kabinet dibincangkan.

Namun oleh kerana rundingan lanjut diperlukan, mesyuarat majlis presiden dijadualkan pada hari berikutnya, dengan setiap pihak dikehendaki menghantar delegasi lima wakil.

Berikutan pertemuan tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu petang mengumumkan tiga jawatan kabinet - untuk kementerian pertahanan, kewangan dan kementerian - di samping pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP, tetapi tanpa kehadiran pemimpin PKR.

Seorang sumber berkata tiga pemimpin PKR pada mulanya hadir mesyuarat itu, tetapi meninggalkannya sebelum ia bermula. Mesyuarat itu kemudiannya diadakan sekitar jam 9 pagi hingga 3 petang - tanpa wakil PKR.

Oleh itu, sumber berkata tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa pelantikan pemimpin tertinggi BERSATU, DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR adalah tidak benar.

"Tuduhan bahawa tidak ada perundingan tidak timbul," kata Setiausaha DAP, Anthony Loke kepada Malaysiakini.

Sumber dari pihak lain, yang tidak mahu dinamakan, bersetuju dengan pendapat tersebut.

Pada masa ini Rafizi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Dr M jumpa Anwar

Difahamkan, Mahathir bertemu dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan senarai kabinet kelmarin di Pusat Rehabilitiasi Cheras.

Mahathir secara senyap-senyap meninggalkan tempat itu. Tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya berlaku.

Sumber lain memberitahu Malaysiakini bahawa Mahathir bergegas kerana kesuntukan masa.

"Beliau harus tampil dengan kerajaan yang stabil - sebuah kabinet - sebelum pasaran dibuka pada hari Isnin," kata sumber itu menambah dakwaan Rafizi menjadikan keadaan semakin rumit.

Mahathir sebelum ini mengumumkan cuti umum pada Khamis dan Jumaat selepas pilihan raya hari umum diadakan yang menimbulkan ketidaktentuan pasaran, kata sumber.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Bila singa cukup makan dia akan simpan kukunya, apa yang lebih akan dikongsikan. Bila singa 'cukup cukup' makan, dia akan menjelirkan lidah dan kuku besinya akan sentiasa terhulur keluar bagi mencari mangsa. Dia akan pulun dan no way akan ada perkongsian adil dan samatara.

    BalasPadam