Header Ads

ads header

Flash News

PRU-14 Menyesal Aku Undi PH


Sebelum ni aku memang seorang penyokong kuat PH. Aku berkempen pada kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai supaya menolak DS Najib kerana akibat salah urus tadbir ekonomi negara sehingga rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, harga minyak yang mahal walaupun negara kita pengeluar minyak, harga barang yang melampau akibat kerajaan BN memperkenalkan cukai GST dan berbagai masalah lagi.

Aku bagi keyakinan pada kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai jika PH berjaya menawan Putrajaya semua masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akan dapat di selesaikan.

Tapi setelah DS Najib dan BN berjaya di jatuhkan, apa yang aku canangkan tak menjadi kenyataan. Yang aku lihat kerajaan PH seolah-olah nak mengalihkan isu penderitaan rakyat dengan hanya tertumpu kepada isu DS Najib. Stesen televisyen hari-hari menyiarkan berita berkenaan kes 1MDB, siasatan SPRM terhadap DS Najib dan peti besi rumah DS Najib. Rakyat tak nak tahu semua tu. Yang rakyat nak tahu mana janji-janji manifesto pilihanraya dulu?

Hilang sudah manifesto yang katanya nak meringankan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak kepada 1.50 seliter, nak memansuhkan tol, nak mansuhkan GST dan banyak lagi janji-janji sebelum pilihanraya termasuk memansuhkan hutang PTPTN.

Bukan aku nak sokong DS Najib tapi memadailah siarkan sedikit sahaja berita siasatan terhadap DS Najib dan selebihnya selesaikan masalah rakyat. Biar pihak berwajib jalankan tanggungjawabnya sehingga selesai dan keluarkan keputusan samada DS Najib bersalah atau tidak? Jika DS Najib bersalah maka hukumlah dia dengan seadil-adilnya.

Sekarang macamana aku nak berdepan dengan kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai? Bila berjumpa sahaja mereka akan memperli aku dengan berkata "minyak sekarang dah murah, tol dah takde dan GST dah mansuh". Aku nak jawab macamana pun tak tahu. Malu aku di buatnya.

Tuduhan yang di lemparkan oleh pembangkang pada kerajaan PH iaitu "Janji Dulu Lepas Tu Baru Kaji" memang ada kebenarannya. Jika kita lihat janji-janji yang di taburkan semasa PRU yang kerajaan akan turunkan harga minyak kepada 1.50 seliter kemudian selepas menang dia umumkan akan apungkan harga minyak sehingga mekanisme harga baru di perkenalkan dan nak mansuhkan tol kemudian selepas menang dia cakap akan kaji harga tol memang menunjukkan yang kerajaan PH tak mampu tunaikan janji.

Untuk PRU-15 aku akan kempen dengan kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai supaya menolak kerajaan yang hanya pandai berjanji tapi tak pandai menunaikan janji.

Muhammad Nabil  Rafiuddin,

Klang,
Selangor.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

29 ulasan:

  1. Nampaknya BN 2.0 ini akan bertahan sepenggal saja.

    BalasPadam
  2. Secara realistiknya, takkan semua manifesto dapat di penuhi dalam masa 2 minggu. Bagi mereka peluang dulu. Kalau tak boleh settle dalam 5 tahun ni, tukarlah balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun tak dapat tunaikan dlm masa singkat. Tetapi kenapa masa berjanji tak guna kepala otak. Siap cakap hari ini masuk Putrajaya esok hapus gst dan dll. Tapi semuanya hampas.

      Padam
    2. Pakatan berjanji jika pakatan menang, pakatan akan hapuskan GST, turunkan harga minyak, kurangkan beban rakyat dll sebaik sahaja memenangi PRU14.

      Malangnya semua janji palsu sahaja. Pengundi pakatan tertipu.

      Harga minyak tidak turun, GST tidak dihapuskan, harga barang keperluan asas meningkat gika babi.

      Nadi dah jadi bubur. Pengundi pakatan menang sorak , kampung tergadai.

      Sepatutnya pengundi mengundi PAS untuk menggulingkan BN.

      Padam
    3. Betul tu. Bagi la peluang sampai 100 hari dulu. Kita tengok sejauh mana. Mmg diorg sedar rakyat tgh menilai sbb tu diaorg nak alih berita. Pandai main isu.. cuma PAS tak pandai2. Isu PAS puashati dgn 1mdb.. kalau tak pandai handle. Mmg teruk la PAS kena. Itu baru berapa minggu habis PRU14. Panjang lagi nak sampai PRU15. Byk isu akan keluar nak kenakan PAS. Sampai PRU15.. PAS tak ada peluru dah...

      Padam
    4. Cybertrooper pakatan 10:47 PG,

      Bukankah pemimpin pakatan yang berjanji sebelum PRU14 , jika pakatan menang, GST akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan, beban rakyat akan dikurangkan dll sebaik sahaja pakatan memenangi PRU14?

      Bila dah menang, buat u-turn konon bagi la peluang sampai 100 hari dulu.

      Nampaknya pemimpin-pemimpin pakatan 'mudah lupa' (meminjam isitilah Dr M) !

      Padam
    5. Nampaknya cybertrooper pakatan masih lagi menfitnah PAS konon PAS puas hati dengan isu 1MDB. Nampaknya cybertrooper teralalu terdesak mahu menfitnah PAS.

      Di bawah ini ialah bukti PAS pernah mengkritik dan menegur cara siasatan dan pembentangan siasatan 1MDB dilakukan:

      Fakta:

      [Quote]5. Pada 9 Mei 2015, Tuan Guru telah memberi respons dan mendesak kerajaan untuk membentangkan hasil bedah siasatan kepada ahli Parlimen dan menyatakan kekecewaan beliau terhadap tindakan kerajaan yang gagal memulihkan kepercayaan rakyat serta menggesa kerajaan mengemukakan penyelesaian yang berkesan.

      “Perdana Menteri sendiri harus menjelaskan kepada semua Ahli Parlimen dan hendaklah membentangkan hasil bedah siasat terperinci terhadap audit kewangan 1MDB. Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi dengan isu 1MDB ini serta terus menanggung beban pelbagai salah urus tadbir kewangan yang pernah berlaku sebelum ini.[Unquote]

      Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/arkib/2004-pendirian-presiden-pas-konsisten-dalam-isu-1mdb

      Padam
  3. Sapa suruh percaya dan makan temberang lpas tu ajak kaum kuarge dan sahabat handai konyah temberang berjemaah, kan dah menyesal

    BalasPadam
  4. Pilihlah Islam sebagai cara hidup. Pilih akhirat baru dunia akan datang dengan sendirinya. Allah Maha Besar. Allah yang beri dan tentukan rezeki setiap orang. Pilih yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam

    BalasPadam
  5. la tahzan ya akhi,Muhammad Nabil Rafiuddin dan sahabat yg lain perubahan menanti PRU15 nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita amat yakin BN.20 ini akan bertahan sepenggal saja.

      Padam
  6. Sekarang nasi dah jadi bubur... suka atau tidak... makanlah bubur tu selama 5 tahun. Bukankah ada cadangan yg lagi bagus dari PH yg dh terbukti di pantai timur?

    Lain kali? Guna aqal bukan guna otak

    BalasPadam
  7. Saya berdoa semoga Allah beri taufiq dan hidayah kepada semua rakyat Malaysia untuk memilih parti yang memperjuangkan Islam dan mempertahankan Islam. Semoga pemimpin yang dipilih sekarang ni juga diberi taufiq dan hidayah

    BalasPadam
  8. Nak wat camne bro...
    Kite bukan tahu ape akan berlaku...
    Setakat mampu dngar janji n buat pilihan...
    Next time aku propose ko pilih lah parti yg berjuang atas dasarnye Islam...insyaALLAH mereka akn cube tunaikan janji sebaik mngkin..

    BalasPadam
  9. Janji bulan dan bintang... Last2 ke laut belaka... Hampeh

    BalasPadam
  10. Kan rakyat dah terbiasa dengan janji Hancing.....tengok la muka muka pemimpin PH......selami peninggalan orang tua...siakap sinohong.....tapi memasing bguta mata dan hati....tahniah la pada kita semua...bala Pukatan hancing akan kita telan utk 5 tahun....

    BalasPadam
  11. Selamat makan bubur bersama siakap senohong kering..hehe

    BalasPadam
  12. Fitnah janji bulan n bintang. Berbanggalah dengan Ph tu.naik atas jasa fitnah 90j.Pelahap fitnah

    BalasPadam
  13. kerana budak2 kpop, semua rakyat merana. Melopong tunggu janji2 PH. Slmt makan bubur siakap senohong ya..

    BalasPadam
  14. Fitnah tu makànan dan hiburan puak Piii-Hahahahha

    BalasPadam
  15. Beri la masa kt ph utk urus negara selama 25 tahun lg haha. Tgk la tahun pertama pntadbiran ph nnti.

    BalasPadam
  16. Tapi lepas 5 tahun mesti tetap undi PH, sebab waktu tu hutang negara berjaya diturunkan...minyak, tol dan gst janji sudah dilaksanakan....kerana 5 tahun bukan suatu yg singkat...banyak perkara baru akan timbul membuatkan org2 kita akan kembali semula kepada PH yg sama ideologinya dan berlaku ketika bn memerintah dahulu....

    BalasPadam
  17. ini mesti menyamar undi PH ni...

    BalasPadam
  18. Takpelah sekurang-kuranya dia dah sedar...ni ramai lagi yang tak sedar-sedar lagi ni...sampai oarang persendakan agama pun dia orang dok back up lagi...

    BalasPadam
  19. Bagi yang celik hati dan telinga, TGHH ada sebut fact n figure dalam temuramah beliau dengan astro awani hari tu.....antaranya kerajaan pas bagi 60k geran tanah kpd rakyat masa zaman beliau MB dulu dan menghapuskan tol jambatan sultan Mahmud pada malam kemenangan itu jugak....mana tol yg dihapuskan hari pertama PH menang? Kalau tak mampu hapus tol PLUS pd hari pertama, buktikan dulu dengan hapuskan tol lain yg lebih murah kosnya pada hari pertama, cth. tol Sg. Nyior ker (pemegang konsesi Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd) atau Butterworth Kulim Expressway(BKE) ker? Ker hanya moneyfesto��

    BalasPadam
  20. kalo ikut janji....mane janji mb kelantan nk letak jawatan andai gagal laksana hudud...??

    BalasPadam
  21. kalo ikut janji....mane janji mb kelantan nk letak jawatan andai gagal laksana hudud...??

    kah kah kah berterabur taik

    ROSMAH MANSOR JKKK

    BalasPadam