Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat Masih Mempersoalkan Perlantikan Lim Guan Eng


Akhirnya Lim Guan Eng mengangkat sumpah juga sebagai Menteri Kewangan. Apa sudah jadi dengan Rule of Law di bawah kerajaan regim Tun Mahathir? Nampaknya Kerajaan baru ini tidak peduli pertanyaan rakyat kenapa lantik Lim Guan Eng yang sudah pun didakwa di mahkamah kerana kes rasuah.

Di mana integriti dan kredibilit sebuah kerajaan yang sebelum ini menjanjikan dalam manifestonya untuk memerangi rasuah habis habisan. Ini “precedent” yang buruk. Ye betullah dia belum didapati bersalah tetapi bukankah Lim Guan Eng sedang dibicara. Dia ada kes dan dia ada pertuduhan melalui bukti bukti yang dikemukakan oleh SPRM.

Kini rakyat berhak merasa bimbang apakah proses pendakwaan Lim Guan Eng akan digugurkan untuk menghalalkan perlantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kes Guan Eng dengan kes Khir Toyo ada persamaannya. Kedua duanya membeli rumah banglo di bawah harga pasaran. Tetapi dakwaannya ialah sipenjual mendapat benda lain sebagai balasannya. Akibat kes tersebut, Khir Toyo bukan sahaja terpaksa meletakkan jawatan tetapi juga didapati bersalah dan telah menjalani hukumannya. Sebaliknya Lim Guan Eng dilantik pula sebagai Menteri Kewangan.




Persoalannya mana Bar Council? Mana BERSIH? Mana Transperancy International Malaysia? Mana Ambiga? Mana parti parti dalam PAKATAN yang selama ini kononnya jaguh anti rasuah. Ini termasuk parti DAP. Kenapa double standard. Kalau bermaruah mereka sepatutnya mendesak Lim Guan Eng supaya jangan terima jawatan tersebut.

Ambil contoh mudah, Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen mendesak supaya semua parti dalam Pakatan menolak permohonan YB Richard Riot ahli Parlimen  Serian yang juga bekas Menteri Sumber Manusia untuk menyertai parti mereka.

Alasannya bekas Setiausaha Politik kepada Richard Riot telah ditahan SPRM kerana isu rasuah. Masalahnya yang disiasat adalah Setiausaha Politik beliau dan bukan Richard Riot. Tetapi kenapa Richard Riot yang dicop sebagai penjenayah. Dalam kes Lim Guan Eng dia adalah orang yang dituduh dan di dakwa maka kenapa orang DAP sperti Chong tidak mendesak perlantikan Lim Guan Eng dibatalkan. Inilah hipokrasi kerajaan Pakatan.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

7 ulasan:

  1. Menunjukkan siapa mendominasi PH. Fikir-fikirkanlah.

    BalasPadam
  2. Okeylah kalau ianya untuk ikut kuota dan kuota itu hanya khas untuk bangsa Minor yang memberikan sokongan agak padu kepada gov of the day, kita terima.

    Namun penerimaan itu adalah dengan berat hati. Berat kerana meritokrasi di dikorbankan bagi beri laluan kepada kuota berasaskan warna kulit.

    Ini secara tidak langsung menunjukkan budaya politik tidak matang sukar dibuang dan impak yang ketara ialah pelantikan MOF1, dilakukan secara pra matang.

    BalasPadam
  3. ini negeri(isetan bola) ana yang punya

    BalasPadam
  4. pi mai pi mai tang tu jugak never ending story version 2.0

    BalasPadam
  5. jgn lupa broo sapa abang besoo dlm ph..

    BalasPadam
  6. CERITA SAMA JE VERSI 2.0!

    BalasPadam