Header Ads

ads header

Flash News

RCI Forex - mahkamah tolak permohonan Mahathir lucutkan hakim


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melucutkan Hakim Datuk Azizah Nawawi daripada membicarakan cabaran mengenai penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang (forex) Bank Negara pada sekitar tahun 1990-an.

Hakim Azizah berkata Mahathir tidak menunjukkan wujudnya sebarang bahaya sebenar mengenai kemungkinan berat sebelah dan bukan hanya berdasarkan syak wasangka yang munasabah semata-mata.

Menurut beliau, permohonan kali ini berbeza dengan cabaran terdahulu mengenai komposisi RCI yang dibicarakan oleh mahkamah yang sama.

"Permohonan semasa adalah mencabar penemuan RCI kerana gagal memasukkan laporan keseluruhan nota prosiding termasuk testimoni lisan.

"Sebaliknya, mahkamah menyedari bahaya dalam melucutkan fungsi dan tugas kehakimannya jika membenarkan permohonan itu."

Hakim Azizah kemudian menolak permohonan Mahathir itu tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Peguam Mahathir, Irwan Izwat Mohd Noor berkata mahkamah kemudian menetapkan 25 Jun sebagai pengurusan kes dan dia akan mendapatkan arahan selanjutnya mengenai sama ada untuk membuat rayuan.

Mahathir mahu Azizah melucutkan dirinya kerana mendakwa terdapat kecenderungan berat sebelah kerana hakim yang sama memutuskan satu lagi cabaran Mahathir terhadap keanggotaan iaitu pengerusi RCI itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon dikeluarkan.

Pada awal Disember 2017, Mahathir memfailkan saman pemula dengan menamakan semua enam anggota RCI iaitu Sidek, Saw, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail selain bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta kerajaan sebagai defendan.

Dalam samannya, Mahathir memohon deklarasi bahawa mana-mana 'Laporan Siasatan Diraja' oleh mana-mana RCI yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah sekiranya mengandungi semua bahan yang ditampilkan pada keseluruhan prosiding suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan di dalam prosiding RCI.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa laporan suruhanjaya itu tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan dengan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.

Laporan RCI menyatakan Bank Negara kerugian kira-kira RM31.5 bilion susulan kegiatan spekulasi dalam tukaran wang asing yang berlaku antara 1992 hingga 1994.

Ia antara lain menamakan Mahathir, bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai pihak yang bertanggungjawab atas kerugian itu.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Pertukaran mata wang ini dah macam skim labu peram.

    Lesap sana lesap sini, nama busuk, habuk apa pun tadak.

    Kalau kancil yang terjerat taklah riuh rendah, kuantumnya kecil

    Bila Sang Nila Utama pun boleh masuk dalam jerat sebegini, ada sesuatu yang tak centre.

    BalasPadam
  2. apakah tujuan tun taik nak pecat hakim mgenai penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang (forex) Bank Negara pada sekitar tahun 1990-an.? sebenarnya tun taik nak masukkan orgnya menjadi hakim spya selesaikan dan tutupkan kes forex ni. Itu aje matlamatnya, jika dibiarkan berterusan akn terbongkar nama2 lain pulak.

    BalasPadam