Header Ads

ads header

Flash News

RoS Benarkan UMNO Tangguh Pemilihan Jawatan Parti


SAH… Jika ada yang masih lagi ‘bawa mulut’ konon UMNO adalah parti haram kerana tidak ada pemilihan jawatan dalam parti pada 30 April lalu, anggap saja ia sebagai berita palsu.

Demikian tegas Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tampil dengan kenyataan serta tunjuk surat kebenaran dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi menangguhkan pemilihan itu.



Dipetik portal AgendaDaily, RoS menerusi surat yang dihantar kepada beliau bertarikh 31 Oktober 2017 telah membenarkan UMNO menangguhkan pemilihan jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi sehingga 19 April 2019 .

Pihak RoS bahkan bersetuju memberi lanjutan dengan merujuk Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan yang benar penangguhan pemilihan parti tidak lebih 18 bulan daripada tarikh sepatutnya diadakan iaitu 30 April 2018.

“Saya ingin memaklumkan bahawa UMNO tidak berdepan dengan sebarang masalah berkaitan pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017,” kata Tengku Adnan.

Beliau seterusnya berkata, Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan UMNO dan pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri parti tersebut bermula dari 19 Mei sehingga 10 Jun depan.

Tambahnya, mesyuarat parti peringkat bahagian pula ditetapkan pada hari 30 Jun. Beliau berkata persidangan itu dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Meskipun tiada amalan kedinastian, namun kebekuan yakni ketiadaan dinamisma juga adalah penghalang pembawakan idea2 baru dan segar.

    BalasPadam
  2. Lepas ni banyaklah Hotel ditempah untuk mesyuarat agung Umno, pasal dewan orang ramai kena mohon dulu, entah dapat entah tidak. Maklumlah dulu hak rakyat sama dengan hak parti...

    BalasPadam