Header Ads

ads header

Flash News

Satu lagi Manifesto Harapan dicabul oleh Mahathir


Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, hari ini diumumkan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat pengumuman itu, berkata beliau akan menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM Isnin lalu dan melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada hari berikutnya.

Kita tidak mempersoalkan kewibawaan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi yang kita tak setuju ialah manifesto Harapan telah dicabul oleh Tun Mahathir, bukan sekali tapi dah 2 kali. Jika perkara ini tidak ditegur kita bimbang Harapan akan bersifat seperti Basisan Nasional yang sekadar berjanji tetapi akhirnya menipu rakyat.

Tambah Perdana Menteri, keputusan melantik Mohd Shukri itu masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.


Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 


Pada manifesto Harapan menegaskan untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil
menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempuyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. Pada era BN, bila pebangkang di siasat, ada tanggapan ianya siasatan politik. Ia jadi begitu kerana waktu itu SPRM dilantik oleh pemerintah.

    Kini pemerintah bertukar dan kalau pemerintah baru ikut cara lama, nanti bila SPRM nak siasat pembangkang, tuduhan lama iaitu 'siasatan bermotif pilitik' akan berulang.

    Makanya molek sangatlah kalau pakatan 1001 harapan kotakan janji PRU supaya semua sistem berjalan lancar, adil dan tiada tanggapan serong.

    BalasPadam
  2. bila janji untuk bawa ke parlimen bagi pelantikan penting tak di kota, persepsinya ialah semua ini satu 'lakonan' untuk dapatkan 'sijil layak duduk' di kementerian tertentu buat individu yang kotor di bersihkan secara ekspress???

    BalasPadam
  3. Adakah LGE akan dibersihkan? Sama2 Kita lihat nnti.

    BalasPadam