Header Ads

ads header

Flash News

TS Abu Talib Osman minta Shukri diam sama pendapat dengan Peguam PAS


Pertamanya Malaysiakini tak siar berita ini. Jika mereka siar projek Malaysiakini dan perkenakan PAS tak berjaya kerana pendapat sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB. (baca di sini)

Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, supaya 'berdiam' dan menumpukan siasatan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB itu berkata, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.

"Terdapat risiko siasatan kes 1MDB terganggu jika seseorang yang terbabit dalam siasatan membuat kenyataan terbuka kes berkenaan.

"Pandangan peribadi saya lebih baik tidak keluarkan kenyataan umum kerana ia boleh menimbulkan prejudis kepada siasatan dan menjejaskan prosiding mahkamah jika ada.

"Saya fikir lebih baik 'less talk, more work' (kurangkan bercakap, lebihkan kerja)," katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankuasa Siasatan 1MDB di Menara Ilham, hari ini.

Semalam, Mohd Shukri mendedahkan beliau menghadapi pelbagai tekanan termasuk diugut pihak tertentu yang ada ketika menjalankan siasatan terhadap SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.



Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Abu Talib berkata tiada pertindihan tugas dan kuasa di antara jawatankuasa yang dipengerusikannya dengan Pasukan Khas Siasatan 1MDB.

"Jawatankuasa diketuai saya akan menyelaras gerak kerja pasukan penyiasat khas," katanya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. Bila terlalu teruja, apa yang di tuturkan atau di lakukan tidak lagi memikirkan keadaan dan kedudukan semasa.

    Bila teruja, mulut mudah melemparkan tuduhan tidak berasas. Ini terbuka untuk dimasman.

    Namun mantan ketua Sprm bukanlah calang-calang penjawat. Selebihnya beliau nampaknya seorang yang mudah memaafkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah namanya manusia tuan akan Cuba menunjukan kehebatan dalam semua keadaan samaada dalam kadaan benar atau salah. Astagfirullahalazim

      Padam
  2. Kita ni dah Kena Batang hidung baru tahu hitam putih, kejab ke tak, yg faham jer me maani.

    BalasPadam